Macam mana semua, saya harap semuanya sihat walafiat hendaknya, datang lagi bulan yang mulia yang digelar bulan Ramadan, ada yang suka, ada yang biasa-biasa sahaja malah ada yang tidak mengambil pusing langsung dengan bulan yang mulia ini. Di bulan yang mulia ini pun kita dapat melihat di dada-dada akhbar betapa sikap kebinatangan segelintir manusia yang sanggup membuang bayi di merata-rata tempat ibarat membuang sampah. Penulis amatlah merasa dukacita dengan masalah ini kerana pandai buat tapi tak nak bertanggunjawab di atas perbuatan yang telah dilakukan.
Apa yang lebih menyedihkan kebanyakkan yang membuang bayi itu adalah terdiri daripada muslimin dan muslimat, dimana letaknya agama yang kita sanjung selama ini, nak kata ikut budaya kuning ala budaya barat, tak juga kerana mereka di barat tidaklah sampai nak buang bayi ke dalam longkang, tong sampah dan tempat-tempat yang menjijikan yang tercatat di dalam akhbar. Sebenarnya individu-individu yang sudah terlanjur ini lebih teruk daripada orang barat sendiri kerana sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa yang ingin melihat dunia buat pertama kali. Sebagai angota masyarakat kita perlulah mengekang aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini daripada terus bermaharajalela dengan memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada mereka yang memerlukan terutamanya anak-anak yang berusia setahun jagung supaya mereka mengenal tuhan sedari awal usia lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebongnya. Sekian untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment