Salam semua, bersua kembali kita di tahun baru ini. Sebut saja tahun baru satu perkara yang senonim dengan tahun baru adalah azam baru. Bercakap pasal azam tahun baru mungkin ramai yang sudah berazam atau baru nak berazam atau pun azam tahun lepas pun tak tercapai lalu dibawa ke tahun ini. Pada saya azam tak salah kerana azam jugalah yang akan menjadi penanda aras matlamat kita, sama ada sudah tercapai atau belum. Memang senang membuat azam tetapi untuk merialisasikannya dan melaksanakannya bukannya satu perkara mudah. Ramai yang membuat azam tetapi berapa ramai yang dapat mencapainya di akhir tahun selepas azam itu dibuat di awal tahun tersebut.
Setiap azam yang dibuat adalah merupakan salah satu perancangan kita untuk tahun tersebut. Azam juga boleh dikategorikan sebagai perancangan jangka sederhana untuk setiap orang yang membuatnya. Ini kerana perancangan boleh dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu perancangan jangka pendek, perancangan jangka sederhana dan perancangan jangka panjang. Perancangan jangka pendek mungkin mengambil masa selama seminggu, sebulan, tiga bulan dan seterusnya dan biasanya tidak melebihi setahun. Perancangan jangka sederhana pula adalah dari setahun dan tidak melebihi lima tahun manakala bagi perancangan jangka panjang pula had masa perancangan dibuat adalah melebihi lima tahun. Terpulang kepada kita untuk menentukan hala tuju destinasi kita dan seterusnya kita harus bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan di sepanjang perjalanan kita untuk melaksanakan dan merialisasikan azam kita yang telah kita azamkan di awal tahun tersebut.