Tuesday, November 9, 2010

Megamind



Salam semua, tentu saudara-saudari terkejut melihat tajuk article ini, Megamind, apa tu, sebenarnya Megamind adalah sebuah cereka animasi yang penulis baru tonton di wayang. Filem ini sememangnya wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Cereka ini mengisahkan Megamind dan Metroman yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke bumi kerana planet mereka termusnah. Ketika mendarat capsule Megamind telah terjatuh di dalam kawasan penjara dan dibesarkan di dalam penjara manakala capsule Metroman telah jatuh di dalam kawasan rumah orang kaya dan dibesarkan dengan baik oleh pasangan kaya tersebut. Ketika zaman kanak-kanak Megamind dan Metroman telah dihantar ke sekolah untuk golongan super kerana memiliki kebolehan yang luar biasa. Metroman mempunyai kuasa seperti Superman manakala Megamind memiliki kepintaran mencipta yang luar biasa. Oleh kerana mereka dibesarkan oleh persekitaran yang berbeza Megamind kerap dibuli oleh Metroman dan tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya, oleh kerana mereka beranggapan beliau adalah seorang yang jahat kerana dibesarkan di dalam penjara, akibat patah hati dengan sikap rakan-rakan sekeliling maka Megamind bertekad untuk menakluki Metro City tempat tinggal mereka.

Dipendekkan cerita satu hari Megamind memerangkap Metroman dan menembaknya dengan setelite berkuasa solar, untuk seketika Metroman dianggap telah mati oleh semua penduduk Metro City termasuk Megamind. Oleh kerana tiada lagi saingan Megamind untuk membalas dendam. Megamind terasa bosan dengan hidupnya maka untuk mengembalikan keceriaan hidupnya Megamind mencipta Titan man, hasil daripada pengubahsuaian DNA Metroman dan akibat kemalangan, DNA tersebut telah tersalah suntik dan disuntik kepada juru kamera TV iaitu pembantu kepada wartawan penyiaran TV yang bernama Tina. Teruja dengan kuasa yang dimilikinya Titan man telah menjadi jahat dan mula memusnahkan Metro City. Megamind pula dilamun cinta apabila dengan tidak segaja bertembung dengan wartawan penyiaran tersebut yang ketika itu sedang bersedih kerana kematian Metroman. Apabila huru hara berlaku di Metro City, Megamind dan Tina telah pergi mencari Metroman dan akhirnya berjumpa dengan beliau. Alangkah terkejutnya Megamind dan Tina kerana personaliti Metroman telah bertukar dan beliau telah bersara daripada menjadi Super Hero dan menjalani hidup sendirian. Terdesak untuk menyelamatkan Metro City Megamind terpaksa menggunakan kuasa menciptanya untuk mengalahkan Titan man yang memiliki kuasa Metroman. Di akhirnya Megamind berjaya mengalahkan Titan man dan dijulang sebagai wira Metro City oleh penduduknya.

Cerita ini mempunyai banyak pengajaran, antara pengajarannya, walaupun Megamind dibesarkan di kalangan orang jahat tidak semestinya beliau juga akan terikut dengan perangai dan kelakuan mereka dan kadang kala yang menjadikan sesaorang individu bertindak sedemikian adalah kerana persekitaran individu itu sendiri, contohnya di dalam cerita ini Megamind menjadi pendendam kerana beliau tidak diterima oleh rakan-rakannya di sekolah dan sering dibuli dan disisihkan oleh mereka. Selain faktor genetik, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting bagi tumbesaran seorang kanak-kanak dan ini juga akan menentukan kejayaan kanak-kanak tersebut pada masa akan datang. Kanak-kanak yang terdedah dengan masalah keluarga contohnya penceraian dan penderaan lebih cenderung untuk bersikap negetif, tidak fokus dan tiada cita-cita dan akhirnya kanak-kanak ini tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai anak didiklah anak dengan baik dan pastikan juga persekitaran rumah, tabika, tadika dan sekolah dapat mendidik anak-anak ini menjadi yang terbaik dan dapat memaksimumkan potensi diri mereka. Sekian....

Tuesday, November 2, 2010

Tuesdays with Morrie



Hi, it has been a long time since I post my article, what I want to share with all of you is what I want all of you to read this new book. The title of this new book is Tuesdays with Morrie by Mitch Albom. This book is one of the best seller book in America. The story inside the book is based on a true story. The story is about the ex-professor with his student. The student in this story is Mitch Albom himself with his Sosiology Professor. Morrie the name of the professor is one of Mitch favourite professor who love to dance and had a simple but meaningful life. The story is about how Mitch accidently got a shocking news about his professor who are already 70 years old at that time and had a dangerous disease. This disease will make any one who has it become paralyses until death. Every tuesday Mitch will visit his professor and they will talk about life, death, marriage and how to enjoy life while you still have one. I think everyone should read this book because it will show you how life can be very enjoyable if we look it deeply depend on how you look at life itself. So my advise is do not waste your life, enjoy it while you can because the clock cannot turn back, it will keep running till our lifes end.

Monday, August 16, 2010

Ramadan tiba lagi

Salam semua di luar sana,
Macam mana semua, saya harap semuanya sihat walafiat hendaknya, datang lagi bulan yang mulia yang digelar bulan Ramadan, ada yang suka, ada yang biasa-biasa sahaja malah ada yang tidak mengambil pusing langsung dengan bulan yang mulia ini. Di bulan yang mulia ini pun kita dapat melihat di dada-dada akhbar betapa sikap kebinatangan segelintir manusia yang sanggup membuang bayi di merata-rata tempat ibarat membuang sampah. Penulis amatlah merasa dukacita dengan masalah ini kerana pandai buat tapi tak nak bertanggunjawab di atas perbuatan yang telah dilakukan.

Apa yang lebih menyedihkan kebanyakkan yang membuang bayi itu adalah terdiri daripada muslimin dan muslimat, dimana letaknya agama yang kita sanjung selama ini, nak kata ikut budaya kuning ala budaya barat, tak juga kerana mereka di barat tidaklah sampai nak buang bayi ke dalam longkang, tong sampah dan tempat-tempat yang menjijikan yang tercatat di dalam akhbar. Sebenarnya individu-individu yang sudah terlanjur ini lebih teruk daripada orang barat sendiri kerana sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa yang ingin melihat dunia buat pertama kali. Sebagai angota masyarakat kita perlulah mengekang aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini daripada terus bermaharajalela dengan memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada mereka yang memerlukan terutamanya anak-anak yang berusia setahun jagung supaya mereka mengenal tuhan sedari awal usia lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebongnya. Sekian untuk kali ini.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Hari Ibu 2010

Salam Kegemilangan dan Salam Satu Malaysia semua, penulis berharap semuanya dalam keadaan sihat hendaknya. Besua kembali di lembaran ini. Bulan Mei berkunjung lagi. Bulan Mei adalah bulan yang mempunyai dua hari yang amat bermakna kepada penulis dan kepada kita semua iaitu Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei dan Hari Ibu yang disambut pada 9 Mei setiap tahun. Bagi mereka yang bekerja tentunya berasa gembira jika tibanya 1 Mei setiap tahun kerana hari ini bukan saja cuti umum malah ianya juga merupakan hari bagi menghargai setiap pekerja tidak kiralah yang bekerja kerajaan, swasta mahupun yang bekerja sendiri.

Penulis ingin berkongsi pandangan dengan anda semua di luar sana. Pada pandangan penulis kita patut bersyukur kerana kita mempunyai pekerjaan dan masih bekerja, terdapat juga segelintir insan di luar sana yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan masih menganggur, ada yang sudah menganggur bertahun-tahun lamanya. Bukan senang ingin mendapatkan sesuatu pekerjaan sekarang terutamanya yang berstatus OKU, mereka ini juga memerlukan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakkan mereka. Mereka terpaksa bersaing dengan golongan normal untuk mendapatkan pekerjaan dan biasanya golongan ini akan tertinggal di belakang kerana saingan yang sengit dan para majikan yang hanya memilih golongan normal sahaja sebagai calon pilihan mahu tidak mahu golongan OKU terpaksa akur dengan situasi ini. Bukan sahaja golongan OKU yang terpaksa mengalami masalah ini, ada di antara golongan normal juga yang tidak dapat bersaing untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan kerana beberapa faktor, dianataranya ialah faktor markah atau gred CGPA yang rendah, kefasihan berbahasa terutamanya bahasa Inggeris, kurangnya soft skill dan faktor memilih kerja dikalangan graduan normal. Walau apa pun faktornya kita sebagai warga pekerja perlu memberi sepenuh fokus, dedikasi dan comitment yang jitu terhadap kerja dan jawatan yang disandang.

Hari Ibu yang jatuh pada 9 Mei setiap tahun adalah suatu hari yang sangat istimewa terutamanya kepada penulis kerana hari ini adalah hari bagi mengenang jasa Ibu. Pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Bagi mereka yang mempunyai ibu hargailah ibu anda kerana tanpa pengorbanan ibu kita tidak akan ke mana. Sekian sampai ketemu lagi...

Sunday, January 10, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam semua, bersua kembali kita di tahun baru ini. Sebut saja tahun baru satu perkara yang senonim dengan tahun baru adalah azam baru. Bercakap pasal azam tahun baru mungkin ramai yang sudah berazam atau baru nak berazam atau pun azam tahun lepas pun tak tercapai lalu dibawa ke tahun ini. Pada saya azam tak salah kerana azam jugalah yang akan menjadi penanda aras matlamat kita, sama ada sudah tercapai atau belum. Memang senang membuat azam tetapi untuk merialisasikannya dan melaksanakannya bukannya satu perkara mudah. Ramai yang membuat azam tetapi berapa ramai yang dapat mencapainya di akhir tahun selepas azam itu dibuat di awal tahun tersebut.
Setiap azam yang dibuat adalah merupakan salah satu perancangan kita untuk tahun tersebut. Azam juga boleh dikategorikan sebagai perancangan jangka sederhana untuk setiap orang yang membuatnya. Ini kerana perancangan boleh dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu perancangan jangka pendek, perancangan jangka sederhana dan perancangan jangka panjang. Perancangan jangka pendek mungkin mengambil masa selama seminggu, sebulan, tiga bulan dan seterusnya dan biasanya tidak melebihi setahun. Perancangan jangka sederhana pula adalah dari setahun dan tidak melebihi lima tahun manakala bagi perancangan jangka panjang pula had masa perancangan dibuat adalah melebihi lima tahun. Terpulang kepada kita untuk menentukan hala tuju destinasi kita dan seterusnya kita harus bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan di sepanjang perjalanan kita untuk melaksanakan dan merialisasikan azam kita yang telah kita azamkan di awal tahun tersebut.