Wednesday, July 9, 2008

Pembelaan Terhadap Golongan OKU

Sejak kebelakangan ini kita telah disajikan dengan kisah-kisah tentang golongan OKU terutamanya bagi mereka yang menjadi atlit paralympic. Masyarakat sering mengangap golongan ini sebagai satu bebanan dan menyusahkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi seperti golongan spastik dan sindrom down. Golongan OKU ini sebenarnya mempunyai jiwa yang penuh dengan keikhlasan dan kesucian. mereka juga mempunyai emosi yang sensitif dan mudah tersentuh apabila diejek atau dihina.
Golongan ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada masyarakat umum. Ada di antara mereka yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna dan terabai. Pada pandagan saya mereka sepatutnya dibela dan dihargai kerana kecacatan mereka bukannya diminta. Ada juga golongan ini yang berjaya sampai ke menara gading tetapi malangnya kebanyakan majikan tidak mahu mengambil golongan ini untuk bekerja kerana pada pandangan mereka golongan ini tidak boleh bekerja jika mereka diambil sekali pun mereka akan diberikan tahap rendah atau kerja-kerja yang senang yang tidak setanding dengan sijil yang dimiliki.
Ada di antara golongan ini yang telah berjaya seperti Tan Sri Professor Dr. Ismail Salleh yang mengalami cacat penglihatan tetapi berjaya menyandang jawatan yang tinggi sehingga ke peringkat sanator. Sejarah juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh daripada golongan ini seperti William Shakepear yang berkeadaan tempang, Bill Gates dan Albert Einstein yang mengalami Austisme Sprangler dan Sir Stephen Hawking yang mengalami lumpuh seluruh badan. Oleh itu saya menyeru kepada sekalian masyarakat supaya jangan menghina atau memandang rendah golongan ini kerana mereka juga manusia dan mereka juga mengimpikan kehidupan yang sempurna. Hormatilah mereka seperti manusia normal yang lain.